Friday 3 January 2014



Hi u'olls, Esok nk exam paper nie, gud luck to all classmate KPT 6044!!  :)


Monday 18 November 2013

Tugasan 3 ( Penyediaan RPH Topik Proses Mitosis dan Meiosis)

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tingkatan 4( Topik Mitosis dan Meiosis)

Tarikh/ Hari                 :           11.11.2013 / Isnin
Tempoh                       :           80 minit   (7:50-9:10)
Kelas                           :           Tingkatan 4 Perdagangan
Bilangan murid            :           20 orang
Mata pelajaran            :           Sains
Topik                           :           Perbandingan diantara proses mitosis dan meiosis
                                                  

Liputan Kurikulum       :            a. Mengetahui peringkat-peringkat proses mitosis
                                                   b. Mengetahui peringkat-peringkat meiosis
                                                   c. Membandingkan peringkat-peringkat proses mitosis 
                                                        dan meiosis
             
Hasil Pembelajaran     :            Memahami peringkat-peringkat proses mitosis dan meiosis

Objektif                       :              a. Menyebut semua peringkat di dalam proses mitosis
                                                   b. Menyebut semua peringkat di dalam proses meiosis
                                                   c. Menyebut 3 perbezaan di antara peringkat mitosis dan
                                                       meiosis.


Pengetahuan sedia     :          Pelajar berpengetahuan mengenai kromosom dan gen.
ada

Keperluan khas           :       a. Sebuah komputer dan LCD untuk pembentangan pelajar.
                                                b. Setiap 2 orang pelajar dibekalkan dengan 1 komputer untuk 
                                                     mencari maklumat di dalam internet.

Persediaan guru          :   Lembaran kerja yang memerlukan pelajar mencari maklumat mengenai proses mitosis, meiosis dan perbandingan antara peringkat proses tersebut.





Perkembangan dan masa
Isi Pelajaran
                                  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
             Aktiviti Guru dan  Aktiviti Murid                                       

Alatan/Catatan
Persediaan
3 minit

Minta semua pelajar untuk membaca doa
Murid bersedia untuk bacaan doa

Set Induksi
7 minit
Pengenalan mengenai tajuk

Proses mitosis dan meiosis berlaku berulang kaji pada sel haiwan
Guru menunjukkan 2 gambar kemalangan yang menye babkan kecederaan
 

Tunjukkan pula 2 gambar ibubapa yang mempunyai semakin ramai anak


Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini
-Proses Mitosis dan Meiosis
1. Minta pelajar membezakan gambar tersebut ?


2.Adakah sel-sel di dalam gambar yang ada pada orang yang cedera itu bertambah apabila dia sembuh?
3.Adakah sel-sel di dalam gambar ibubapa yang semakin ramai anak itu mempunyai sel yang bertambah?
4.Adakah proses pertambahan tersebut adalah sama?

Strategi P&P:
Kaedah : Kelas dan perbincangan
Teknik :
 Menunjukkan gambar
Menjawab soalan
Langkah 1
5 minit
Perkenalkan 2 cara pembahagian sel
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan tadi guru menerangkan dengan ringkas 2 cara pembahagian sel, guru menayangkan video proses pembahagian sel:



     
1) Murid memberi perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.
2) Murid juga diberi peluang untuk sesi soal jawab dengan guru.
Strategi P&P:
Kaedah : Kelas
Teknik : Penerangan dan tayangan video serta perbincangan
Langkah 2
25 minit
Pembelajaran Kendiri
Guru membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 pelajar dalam setiap kumpulan
Pelajar diberikan 3 soalan yang berkaitan dengan proses diatas.
1.Terangkan proses mitosis?
2.Terangkan proses meiosis?
3.Bandingkan antara kedua-dua proses tersebut
Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dengan melayari internet.


Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk membantu pelajar
1) Pelajar dibahagikan kepada  beberapa kumpulan oleh guru.
2) Pelajar hendaklah melayari internet untuk mendapatkan jawapan daripada soalan yang diberi oleh guru tadi.
3) Guru sebagai fasilitator akan membantu pelajar berkenaan.
Strategi P&P:
Kaedah : Kumpulan
Teknik : Pembelajaran kendiri berasaskan elektronik dan web.
Langkah 3
30 minit
Perbentangan
1)Setiap pelajar dari setiap kumpulan yang dipilih hendaklah membentangkan jawapan berkaitan proses mitosis dan meiosis  serta perbandingan antara proses mitosis dan meiosis kepada kelas.
2)Pelajar dikehendaki menggunakan aplikasi powerpoint berdasarkan kreativiti pelajar itu sendiri.
3)Di akhir sesi perbentangan terdapat sesi soal jawab antara kelas.


1.Kedua-dua pelajar dari satu kumpulan diminta bekerjasama membentangan jawapan berkaitan dengan  proses mitosis
2. Kumpulan kedua diminta membentangkan jawapan berkaitan dengan proses meiosis
3. Kumpulan ketiga diminta membentangkan jawapan berkaitan perbandingan antara proses mitosis dan meiosis



Strategi P&P
Kaedah : Kelas
Teknik : Penerangan berpandukan komputer grafik, murid boleh menggunakan aplikasi computer seperti powerpoint untuk perbentangan.
Rumusan
7 minit
Kesimpulan
Guru membincangkan serta membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. 
Pelajar diminta membuat laporan tentang hasil pembelajaran yang mereka perolehi di dalam internet dan menghantarnya kepada guru, bersama dengan soalan yang diberikan
Strategi P&P
Kaedah : Kelas
Teknik : Bimbingan
Penutup
3 minit
Membina Buku Skrap
Pelajar diarahkan membuat Buku Skrap dengan membincangan  persamaan dan perbezaan antara proses mitosis dan meiosis.
Minta pelajar mengucapkan terimakasih kepada guru.
Pelajar dikehendaki membuat Buku Skrap dengan membincangan  persamaan dan perbezaan antara proses mitosis dan meiosis.


Kelas tamat

                                               


Saturday 26 October 2013

Sekapur Sireh





Selamat Datang ke blog ini, saya Nurul Hamiza Ismail merupakan pelajar Master Pendidikan Pengurusan Perniagaan, Semester 3 (M20121000162), Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Idris (UPSI). Blog ini dibina bagi memenuhi tugasan mata pelajaran, Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044). Di harap dengan kehadiran blog ini sedikit sebanyak dapat menjadi sumber perkongsian maklumat yang berguna kepada anda semua. Terima Kasih. :)