Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.
Gen adalah baka yang membawa maklumat genetik.
Gen terletak dalam kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.
Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Dua jenis pembahagian sel
ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan
setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan
gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk
menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh
dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari
kromosom sel induk (46 kromosom).
Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.
MITOSIS
|
MEIOSIS
|
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
|
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi
|
2) Kejadian Kembar
Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan
oleh 'seekor' sperma. Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus
didalam uterus ibu. Kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan.
Ini adalah kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap
bulan.Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian
yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis
kembar. Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1 kembar seiras (identical
twins) dan kembar tak seiras (non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual
dibawah akan menerangkannya dengan jelas kepada anda.
SEIRAS
|
TAK SEIRAS
|
*satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2.
(fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama.
|
*2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama atau berbeza.
|
Kejadian kembar seiras dan tidak seiras:
Kembar yang satu lagi ialah 3 kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi.
3) Mutasi
Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana
terdapat kecacatan pada sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation).
Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma.Mari kita mengkaji mutasi secara
mendalam.
Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah
secara spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu
mutasi gen dan mutasi kromosom.
Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah.
Perubahan ini akan menyebabkan ciri organisma berubah.
Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom
berubah. Kita telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet
(sperma atau ovum) pula mempunyai 23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku,
sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari
persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari ibu bapa.
Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi
tersebut.
MUTASI GEN
|
MUTASI KROMOSOM
|
* Bahan kimia dalam gen berubah.
* Cth penyakit : * Albino (Kulit putih) , Anemia sel sabit (kelihatan pucat), Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna. |
* Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
* Cth penyakit : * Sindrom Down (mongolisme) , Sindrom Klinefelter (testis kecil). |
Proses Mutasi
Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji
tentang faktor yang menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti
ialah pengaruh bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. Pada
masa yang sama saintis juga menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan baka
organisma baru menggunakan proses "mutasi buatan". Contohnya saintis
bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan penyakit. Ini
dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang
didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan
genetik.
Kesan Mutasi
Faktor-faktor berlaku mutasi
Bank Soalan Sains > Kredit to Panatia Sains, klik sini:
http://panscuh.blogspot.com/p/bank-soalan.html
Latihan
Latihan Pengukuhan < kredit to Blog Sains Tingkatan 4> klik:
http://sainsf4.blogspot.com/p/soalan-latihan.html
Latih tubi, klik:
http://sainsf4.blogspot.com/p/latihan.html
NOTA TAMBAHAN
<Credit to Blog Cikgu Zamrud.com>
Powerpoint & Video Sains Tingkatan 4 (bm)
Powerpoint Sains Tingkatan 4 (bi)
RPT Sains Tingkatan 4 (bm)
klik link di bawah untuk download:
http://ping.busuk.org/v/221396/sains-tingkatan-4.html
No comments:
Post a Comment