http://www.slideshare.net/AmyMyza/analisis-jurnal-27418296?fb_action_ids=10200963805961297&fb_action_types=slideshare%3Aupload&fb_source=og_timeline_photo_robotext
Tugasan 2 ( Blog Pendidikan)
http://amymyza.blogspot.com/
Tugasan 3 ( Penyediaan RPH Topik Proses Mitosis dan Meiosis)
Rancangan Pengajaran Harian Sains Tingkatan 4( Topik Mitosis dan Meiosis)
Tarikh/ Hari : 11.11.2013 / Isnin
Tempoh : 80 minit (7:50-9:10)
Kelas : Tingkatan 4 Perdagangan
Bilangan murid : 20 orang
Mata pelajaran : Sains
Topik : Perbandingan diantara proses mitosis dan meiosis
Liputan Kurikulum : a. Mengetahui peringkat-peringkat proses mitosis
b. Mengetahui peringkat-peringkat meiosis
c. Membandingkan peringkat-peringkat proses mitosis
dan meiosis
Hasil Pembelajaran : Memahami peringkat-peringkat proses mitosis dan meiosis
Objektif : a. Menyebut semua peringkat di dalam proses mitosis
b. Menyebut semua peringkat di dalam proses meiosis
c. Menyebut 3 perbezaan di antara peringkat mitosis dan
meiosis.
Pengetahuan sedia : Pelajar berpengetahuan mengenai kromosom dan gen.
ada
Keperluan khas : a. Sebuah komputer dan LCD untuk pembentangan pelajar.
b. Setiap 2 orang pelajar dibekalkan dengan 1 komputer untuk
mencari maklumat di dalam internet.
Persediaan guru : Lembaran kerja yang memerlukan pelajar mencari maklumat mengenai proses mitosis, meiosis dan perbandingan antara peringkat proses tersebut.
Perkembangan dan masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti Guru dan Aktiviti Murid
|
Alatan/Catatan
| ||
Persediaan
3 minit
|
Minta semua pelajar untuk membaca doa
|
Murid bersedia untuk bacaan doa
| |||
Set Induksi
7 minit
|
Pengenalan mengenai tajuk
Proses mitosis dan meiosis berlaku berulang kaji pada sel haiwan
|
Guru menunjukkan 2 gambar kemalangan yang menye babkan kecederaan
Tunjukkan pula 2 gambar ibubapa yang mempunyai semakin ramai anak
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini
-Proses Mitosis dan Meiosis
|
1. Minta pelajar membezakan gambar tersebut ?
2.Adakah sel-sel di dalam gambar yang ada pada orang yang cedera itu bertambah apabila dia sembuh?
3.Adakah sel-sel di dalam gambar ibubapa yang semakin ramai anak itu mempunyai sel yang bertambah?
4.Adakah proses pertambahan tersebut adalah sama?
|
Strategi P&P:
Kaedah : Kelas dan perbincangan
Teknik :
Menunjukkan gambar
Menjawab soalan
| |
Langkah 1
5 minit
|
Perkenalkan 2 cara pembahagian sel
|
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan tadi guru menerangkan dengan ringkas 2 cara pembahagian sel, guru menayangkan video proses pembahagian sel:
|
1) Murid memberi perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.
2) Murid juga diberi peluang untuk sesi soal jawab dengan guru.
|
Strategi P&P:
Kaedah : Kelas
Teknik : Penerangan dan tayangan video serta perbincangan
| |
Langkah 2
25 minit
|
Pembelajaran Kendiri
|
Guru membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 pelajar dalam setiap kumpulan
Pelajar diberikan 3 soalan yang berkaitan dengan proses diatas.
1.Terangkan proses mitosis?
2.Terangkan proses meiosis?
3.Bandingkan antara kedua-dua proses tersebut
Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dengan melayari internet.
Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk membantu pelajar
|
1) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru.
2) Pelajar hendaklah melayari internet untuk mendapatkan jawapan daripada soalan yang diberi oleh guru tadi.
3) Guru sebagai fasilitator akan membantu pelajar berkenaan.
|
Strategi P&P:
Kaedah : Kumpulan
Teknik : Pembelajaran kendiri berasaskan elektronik dan web.
| |
Langkah 3
30 minit
|
Perbentangan
|
1)Setiap pelajar dari setiap kumpulan yang dipilih hendaklah membentangkan jawapan berkaitan proses mitosis dan meiosis serta perbandingan antara proses mitosis dan meiosis kepada kelas.
2)Pelajar dikehendaki menggunakan aplikasi powerpoint berdasarkan kreativiti pelajar itu sendiri.
3)Di akhir sesi perbentangan terdapat sesi soal jawab antara kelas.
|
1.Kedua-dua pelajar dari satu kumpulan diminta bekerjasama membentangan jawapan berkaitan dengan proses mitosis
2. Kumpulan kedua diminta membentangkan jawapan berkaitan dengan proses meiosis
3. Kumpulan ketiga diminta membentangkan jawapan berkaitan perbandingan antara proses mitosis dan meiosis
|
Strategi P&P
Kaedah : Kelas
Teknik : Penerangan berpandukan komputer grafik, murid boleh menggunakan aplikasi computer seperti powerpoint untuk perbentangan.
| |
Rumusan
7 minit
|
Kesimpulan
|
Guru membincangkan serta membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.
|
Pelajar diminta membuat laporan tentang hasil pembelajaran yang mereka perolehi di dalam internet dan menghantarnya kepada guru, bersama dengan soalan yang diberikan
|
Strategi P&P
Kaedah : Kelas
Teknik : Bimbingan
| |
Penutup
3 minit
|
Membina Buku Skrap
|
Pelajar diarahkan membuat Buku Skrap dengan membincangan persamaan dan perbezaan antara proses mitosis dan meiosis.
Minta pelajar mengucapkan terimakasih kepada guru.
|
Pelajar dikehendaki membuat Buku Skrap dengan membincangan persamaan dan perbezaan antara proses mitosis dan meiosis.
|
Kelas tamat
| |
No comments:
Post a Comment